Recent Posts

3/recentposts

ALHAMDULILLAH myUTQH TERPILIH MEWAKILI MARA DI INTERNATIONAL INNVATION AWARD (IIA) MTE 2024

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pekara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
Tahniah diucapkan pada tuan puan kerana berjaya terpilih mewakili MARA dalam pertandingan inovasi Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 yang akan berlangsung pada 22-24 Feb 2024. Semua penyertaan melalui MARA (BITK) adalah secara dalam talian.  Bersama ini disertakan senaraI 12 inovasi yang terpilih dalam kategori IIA. Semua inovasi telah didaftarkan begitu juga dengan yuran penyertaan,  telah dan akan diuruskan oleh BITK. Dijangka penilaian juri profesional sedang berlangsung. 
Untuk mengetahui pencapaian tuan puan dalam MTE 2024, boleh layari laman sesawang MTE di https://mtexpo.mte.org.my/winners-announcement/ pada hari akhir pada 24 Feb 2024.  Pihak BITK juga akan memaklumkan kepada tuan puan pencapaian tuan puan dalam MTE 2024. Setiap penyertaan akan memperolehi sebutir pingat (sama ada emas perak atau gangsa bergantung kepada pencapaian inovasi terbabit) dan  sekeping sijil. Jika tuan puan berminat untuk mendapatkan pingat dan atau sijil tambahan perolehan atas tanggungan pusat atau inovator berkaitan. Saya akan berikan pautan pembelian pingat dan sijil tambahan kemudian.  Semua pingat dan sijil akan dihantar kepada BITK dan kami akan menghantarnya kepada tuan puan secepat mungkin.
Sebarang makluman akan kami maklumkan kepada tuan puan.
Sekian terima kasih
ALHAMDULILLAH myUTQH TERPILIH MEWAKILI MARA DI INTERNATIONAL INNVATION AWARD (IIA) MTE 2024 ALHAMDULILLAH myUTQH TERPILIH MEWAKILI MARA DI INTERNATIONAL INNVATION AWARD (IIA) MTE 2024 Reviewed by TAJUL AAARIF HUSIN on February 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Home Ads

Powered by Blogger.